Kemurungan (depression) adalah salah
satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada
individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga
emas tetapi ianya sering melibatkan remaja. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan,
kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan
kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan
kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada
individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan
terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan
psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada
mereka yang terlibat. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa sering menganggap
keadaan emosi yang tidak menentu dan masalah kemurungan adalah sebahagian
daripada proses tumbesaran mereka. Ia adalah satu kelakuan yang normal bagi
remaja dan ada di antara mereka yang berkata “apa lagi yang anda boleh jangkakan
dari seorang remaja belasan tahun?”. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan
anda, banyak lagi yang boleh anda jangkakan dan yang pastinya, anda boleh
berbuat lebih daripada hanya berdiri dan mengangkat bahu. Kami tidak berniat
untuk menakut-nakutkan anda, tetapi anda perlu tahu mengenai kajian statistik
yang dijalankan di Amerika Syarikat mengenai perkara ini. Kira-kira 17 juta
orang di Amerika Syarikat daripada semua peringkat umur mengalami masalah
mental pada tahap-tahap yang berlainan setiap tahun! Dalam umur remaja, jumlah
ini adalah mengejutkan iaitu setiap seorang daripada lapan kanak-kanak! Ini
membuatkan kemurungan adalah satu daripada masalah kesihatan mental yang paling
biasa pada setiap ketika.
Secara amnya, terdapat
tiga jenis kemurungan, yang pertama ialah kemurungan major. Seorang individu
yang mengalami major depression tidak berupaya merasa keseronokan atau
kebahagiaan. Dia sentiasa merasa seperti dunia ini sentiasa menentangnya. Tidak
kira apa yang anda lakukan, individu tersebut akan terus berapa sedih dan
murung. Jenis kemurungan ini kekal lama dan boleh menjejaskan individu ini pada
setiap jam setiap hari.
Kemurungan yang kedua
pula dipanggil dysthymia. Apabila seorang individu merasa sedih dan murung dan
kemudian gembira secara bertukar ganti sepanjang satu tempoh masa tertentu seperti
satu tahun contohnya, individu tersebut mungkin mengalami dysthymia.
Kebiasaannya, kemurungan jenis ini mudah diubati dan ibu bapa boleh membantu
anak-anak mereka merasa bahawa ada lebih lagi dalam hidup ini daripada
perkara-perkara menyedihkan yang dialami mereka. Biasanya, remaja merasa bahawa
masalah mereka tidak boleh diselesaikan dan mereka sentiasa berenang melawan
arus. Dengan membantu mereka memahami gambaran sebenar dan memberikan mereka
harapan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan mudah.
Seorang remaja
yang mengalami masalah gangguan emosi yang bertukar ganti mungkin mengalami
masalah Bipolar disorder. Perbezaannya ialah remaja yang mengalami Bipolar
disorder mengalami intermittent low-energy depression, kemudian diikuti dengan
uncharacteristic temper tantrums dan perlakuan ganas.
Terdapat banyak sebab
bagi kemurungan dan adalah tanggungjawab kita semua untuk mengenalpasti sebab
itu. Jika keadaan mereka tidak begitu serius, biasanya ia boleh diubati dengan
menawarkan bahu untuk mereka bergantung dan pelukan mesra setiap hari. Tetapi
jika anda rasa bahawa tiada apa yang anda lakukan dapat membantu individu
tersebut, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan profesional.
Antara tanda-tanda kemurungan
ialah merasa kesedihan, kepiluan, kesepian dan jiwa kosong yang berpanjangan.
Selain itu, gangguan tidur iaitu sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
dan cepat letih, lesu dan tidak bermaya atau bertenaga. Selanjutnya, gangguan
selera makan iaitu hilang selera atau makan berlebihan dan amat sensitive,
individu ini selalunya seorang yang pendiam dan suka mengasingkan diri. Seterusnya, hilang
semangat seperti putus asa atau putus harapan dan hilang minat atau keseronokan
terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan
keseronokkan. Tambahan pula, individu ini akan sentiasa merasa bersalah atau
menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku. Kadang kala mereka akan
merasa seperti hidup tidak bermakna dan
lebih baik mati (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri,
tetapi suka jika kematian berlaku pada diri). Ini menyebabkan pesakit tidak
cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri
terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh
juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau
rawatan. Tanda yang ketara ialah rasa tidak tenteram dan mudah marah. Mereka
juga akan kurang daya tumpuan dan sukar membuat keputusan. Simptom-simtom
fizikal pula seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan
penghadaman, loya serta semput)
Antara langkah-langkah
untuk mengatasi kemurungan ini ialah dengan mendapatkan bantuan segera apabila
sedar berlaku salah satu simpton kemurungan. Jangan tunggu sehingga
semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar
untuk dipulihkan. Kita juga boleh menbawa individu tersebut bertemu dengan
pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan
membantu. Seterusnya, bagi individu yang mengalami kemurungan hendaklah sentiasa
hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan
mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan
ketentuanNya. Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi
yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya, akan ada hikmah disebalik sesuatu
yang berlaku. Yakinkan diri kita. Perkara yang paling penting ialah elakkan
bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita
harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan
berzikir. Selanjutnya, jika terasa ingin menagis, menangislah untuk
menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia. Apa
yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan
didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan. Selain itu, libatkan
diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
Bagi individu yang
rapat dengan si pemurung pula, anda seharusnya meluangkan lebih masa dengan
mereka, berbual-bual dan menganalisa perkara-perkara yang mengganggu fikiran
mereka. Mereka seharusnya dibenarkan bercakap lebih banyak dan anda sepatutnya
menjadi pendengar. Beritahu dia berulang kali bahawa anda sentiasa di sisinya
apabila dia memerlukan anda, dan jangan jemu berkata demikian. Jika dia tidak
memperdulikan anda, teruskan memberitahunya bahawa anda bersedia membantunya.
Lama-kelamaan mesej ini akan masuk juga ke kepalanya. Tetapi berhati-hatilah
supaya tidak masuk campur dalam kehidupan mereka. Salah satu cara menangani
kemurungan ialah dengan membuatkan seseorang yang murung itu merasa bahawa
perasaan mereka penting kepada orang lain, terutamanya kepada seseorang yang
menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Ini termasuklah ibu bapa dan
rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment